Friday, 24 February 2017

projek kahwin simple cara saya,mudah jer..

Entry ni sebenarnya dah lama nak post,tapi disebabkan kekangan masa,terpaksa saya hold dahulu. sekarang lebih banyak masa untuk  saya sambung balik hobi menulis ini.dah lama rasanya tak menjengah kealam maya ini,kali ini saya kongsikan sedikit memori @ kenangan terindah bergelar seorang isteri untuk tatapan anak cucu nanti(cewahhh,gitewww) hehe


 entry ni bukan la nk ceritakan pasal kebahagiaan  alam rumah tangga ke hape ke,tapi nk kongsikan perjalanan/ perancangan dalam menguruskan majlis perkahwinan sahaja kot2 nanti cucu tanya "camne opah kawen dengan atuk" dulu kan.senang je opah suh bukak blog berry story morry nih.

ok saya "terobek" balik masa mula2 bertunang dulu, kalo org lain buat majlis gah bak puteri dengan pelamin bagai,saya lebih memilih untuk majlis yang simple je, maklumla bertunang ni bukan ikatan yang sah lg,tu pun belum tentu jadi lagi kan.
tempoh bertunang 1 taun 5bulan (+-)

masa bertunang ni pun simple sgt,kat sini jela tempat sarung cincin semua,masa tu tunggu rombongan lelaki sampai je dlm 50 (+-) and kami dekat rumah dengan keluarga terdekat dan jiran2 sorg dua je. tapi masa ni ma masak nasi tomato meletop2. sampai sekarang ade yang sebut2  lagi sal nasi tu..cehhh.. 

ok tengok bawah ni nak cerita siket,
jemputan melalui social media 
kad jemputan rasmi

peta ni saya "gigihkan" diri lukis.
1. kad 'kahwin 
 kad kawin saya buat ade 2 jenis,ni contoh untuk hantar melalui whatapps, fb, n lain2 media. satu lagi untuk family bagi dekat jiran2 dan sedara mara semua saya yang buat sendiri,reka2 dan print ,gambar cam kt atas tu,dia kena formal sikit(gambar kad yang dah print hilang).

ni salah satu penyebab saya bizi dan jarang keluar rumah lepas kerja.

2. barang hantaran/par
barang hantaran contahnya cam kasut,handbag,wallet,belt, dan barang2  yang "tak basi" saya beli awal lagi, kalo sale and warehouse mmg akan muncullah saya kat situ,walaupun untuk cuci mata jer.hehe biasa la gegirl. (jangan marah suami..hehe) kesemua barang 11 dulang tu kawan baik ma dan saya yang buat,xpayah upah memahal cuma beli barang je,tu pun banyak jugak yang sponser.


pelamin simple ciptaan kak long dan diri sendiri

besok pagi nak nikah,malam tu kul 3 dok ciap benda alah ni lg. "gigihkan"
3. pelamin
bagi seorang pemalu cam saya ni, ini dah kira leeeebihhh tebal muka dah nk duduk bersanding, ramai jugak yang cakap "alahh,cengituuu jer pelaminnya", "eh xsewa pelamin cantik ker?" ok meh saya bagitau,bukan xde duit nak sewa mahal2 tp, dah ada "orang" nk sponser pelamin gah yang bernilai RIBAN2 tu lg,tapi saya tolak cara baik. bukan xnak ada pelamin cantik bak puteri kan, tapi bagi  seorang yang pemalu ini dah cukup, dan saya ada "ALASAN TERSENDIRI" untuk majlis saya ini.


akad nikah pagi kul 10

mekap sanding kul 12.30 tengahhari

mekap outdoor


mekap majlis bertandang


4.mekap
bab ni saya amik berat sikit,saya menggunakan khidmat jurumekap dalam  kalangan kawan2 je,sambil support bisnes dorang, leh jugak jumpa kan..ok memandangkan majlis akad nikah dan sanding dalam satu hari, so saya menggunakan khidmat mekap 1x jer, mekap untuk sanding kawan saya hanya merahkan gincu sahaja dan salin baju,itu sahaja. untuk outdoor pulak saya pilih ke-esokan hari dan masih menggunakan khidmat kawan yang sama,(tq nurul sanggup balik dari johor) hehe. orang gua musang @ johor leh la try. manakala untuk majlis bertandang saya gunakan khidmat kawan sekolah jugak (tq fara jugak sangup balik dari kl),untuk detail tengok dekat link ni. TENGOK SINI 

outdoor majlis belah perempuan

nilah kameramengnye


outdoor majlis sebelah laki

nilah kameramengnye jugak
5. fotografi
ok untuk gambar yang cantik,saya lebih percaya dekat orang yang dah kenal,so outdoor mmg saya dah plan buat sehari selepas majlis, tukang amik gambar ni kawan satu sekolah jugak,senang kerja dengan kawan yang dah kenal leh posing macam2 kan. klik ni untuk detail sal jurugambar ni. dan masa majlis bertandang plak,guna khidmat anak sedara sendiri yang amik gambar. ok puas hati sangat2.








6. kelancaran majlis
atucara majlis juga kami kedua belah pihak merancang sebaiknya, oleh kerana berlainan negeri, jadi kami sepakat untuk membuat serentak majlis akad nikah dan sanding, so kat sini dah dapat jimat masa tenaga dan wang dah (kira jugak ok,zaman ni serba serbi mahai). so untuk majlis bertandang selang 2 hari berlansung,xleh buat serentak yang ni nanti bukan setakat pengantin pensan,semua keluarga dua belah pihak pensan keletihan..hehe ok bagi saya la,semasa majlis berlangsung akan ramai kawan2,sedara mara dan jiran tetangga yang akan datang,so peluang ini la saya guna sebaiknya dengan melayan tetamu,(pernah dengar cerita tetamu sedih sbb pengatin xlayan dan pergi outdoor hari kejadian,tetapi BUKAN majlis saya) so majlis kenduri dekat rumah, saya gunakan sepenuhnya untuk layan tetamu,nak jaga hati orang kan (tapi ada jugak yang xsempat nk layan,biase la ramai sgt kelabu mata).

7. goodie bag
untuk cenderahati kepada tetamu,saya tidak terlalu memilih barangan mahal dan terlalu murah,disebabkan kami mengadakan majlis kesyukuran jadi kami memberi sekadar mampu sahaja dan orang tidak pertikaikan apa barang cenderahatin yang akan dorang dapat.(gambar goodie bag xsempat snap) jadi saya sediakan satu beg bersaiz sederhana yang diisi dengan surah Yassin, 1 plastik kerepek ubi goreng,kek pandan dan beberapa biji gula2. bagi yang mempunyai bajet lebih anda letak la barang mahal dalam beg tu,contohnya perfium gucci ke.hihi

home sweet home



8. big work / rewang
kalau tingal di kawasan kampung ni,x perlu risau pasal persediaan majlis, semua majlis berjalan lancar dengan kaedah bergotong royong sesama penduduk . jadi disebabkan semangat kejiranan yang tinggi di kawasan rumah,segala persiapan seperti kayu api,peralatan memasak dan lain2 dapat disediakan dengan baik dan sempurna.

baju akad nikah

baju sanding + outdoor


baju majlis bertandang
9. baju kahwin
setiap orang berlainan citarasakan,masa saya kahwin tu ramai yang pakai songket,saya ni kurang minat dengan songket ni sebab panas dan material yang keras,so kami suami isteri sepakat pakai baju yang selesa je,xkisah camne warna dan rupa.Tapi mungkin rezeki kami,semua baju yang pakai tu orang sponser, dari baju akad nikah sampai la bertandang,semua dah disediakan,cuma baju melayu suami yang pakai masa majlis bertandang je baju hadiah atas dulang hantaran,yang lain disediakan orang lain.jadi, kalo sesape berkenan bagitau la yer,saya bagi pinjam.hehe.nak panjangkan pahala orang yang sponser tu plak.hehe (tapi saiz s la yer.hehe)

10. wang hantaran/mas kahwin.
yang di paling wajib dan sangat sensitif,so saya ulas panjang tapi sekadar untuk bagi pandangan sahaja, bagi saya, benda ni akan jadi simple jika kita pandai berbincang dan boleh bertolerangsi sesama sendiri.sebagai seorang perempuan/family perempuan,jangan terlampau meletak harga yang terlampau tinggi yang boleh menyebabkan pelbagai masalah pada masa akan datang,sebaiknya kita "mengukur baju di badan sendiri"(pepatah pulekk). bagi saya xkisah suami bagi brape pn,asalkan dia mampu dan kita kena pandai menguruskannya kerana kehidupan yang lebih mencabar lagi bakal ditempuh selepas berkhawin,percayalah.alhamdulillah buat masa sekarang saya masih lagi menyimpan dan akan mengunakannya untuk perkara lagi penting(xperlu bayar khemah@pelamin memahal,or hutang pape pn dengan duit tu)

akhir sekali saya xde nak ulas ape2 cuma nak bagitau anggaran bajet untuk semua sekali untuk satu majlis ni xlebih dr 3k. yes,tu bajet untuk kenduri rumah saya sahaja,kalau dekat tempat lain pihak lelaki yang uruskan segala perbelanjaan sebelah perempuan,tapi majlis saya ni kami sekelurga pihak perempuan yang uruskan sendiri bukan xnak amik duit pihak lelaki,tapi kami lebih selesa menguruskannya sendiri.kami adakan majlis serba sederhana bukan untuk menujuk ataupun berlawan,cuma buat apa yang patut sahaja dan ianya lebih berkat. bagi pandangan saya,tak perlu kita bersusah dan terlampau menurut kata orang,biarlah apa orang akan kata yang penting kita lakukan mengikut hati dan fikir ianya terbaik untuk kita dan semua.

ok sekian sahaja untuk kali ni, kat bawah sy nk share sesuatu untuk semua.


RUANGAN IKLAN

Ok kak sini sy nak tolong promot la barang2 kawin yang comel dan cute untuk sesape yang nak buat doorgift. sy pn terpikat dengan kecomelan barang2 ni, macam2 pilihan yang korang boleh ushar dkt page ni.. yg penting semua cun2.. ni bwh sy ada bg sikit gambaran.


kalau nk tahu detail pegi la dekat page tu.. link dia boleh tekan SINII

OK xpyh pegi servey kedai jauh2 tekan je link kt atas tu, banyak pilihan dengan harga yg berpatutan. 





















 



gInI La hAbIt AkU..bILe bOrIm,n xDaK KeJa nK Wt aKu iMbAs bAlIk cErItA BeSt Yg pEnAh aKu lAlUi NGaN MeMbER2 N sElAiN Tu AkU cArI MaCaM2 iNfO KaT TeNeT,kAlO AsE BeSt aKu ShArE CnI..pE SaLaHnYe kN KoNgSiKaN KeGeMBiRaAn NgAn KOrAnG sEmUa,bArU La nAmEnYa BeRry sToRy MorRy kAN..mAcAm2 cItE AdE,n Yg pAsTi aKu tAKdAk La mErApU N MeLaLut kT CnI..sO,eNjOy k =),

1 comment: