A. FAKTA TENTANG HAID.
* Haid adalah darah yang keluar dari rahim pada setiap bulan. Umumnya seorang gadis mula datang haid pada usia 10 hingga 15 tahun dan berhenti apabila sampai menopos.
* Selalunya pusingan haid berlaku antara 28 hingga 35 hari. Seorang gadis akan mengalami haid selama 3 hingga 10 hari. Tempoh haid berbeza antara seorang gadis dengan gadis yang lain.
* Apabila ovum matang di dalam ovari, ia menyebabkan perubahan hormon yang merangsang pembentukan lapisan darah di dalam rahim.
* Ketika pertengahan kitaran haid, ovum dibebaskan dari ovari. Ovum akan bergerak menuju ke rahim melalui saluran fallopian.
* Sekiranya ovum tidak disenyawakan oleh sperma, ia akan hancur dan dikeluarkan dari tubuh, Paras hormon akan jatuh dan mengakibatkan lapisan darah di dalam rahim dikeluarkan sebagai haid.
B. APA ITU SENGGUGUT?
Senggugut adalah akibat pengecutan dinding rahim yang kuat semasa kedatangan haid. Ia menyebabkan rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, ari-ari dan belakang. Semasa mengalami senggugut, seorang gadis mungkin merasa letih, muram dan cepat marah. Senggugut yang kuat menyebabkan rasa loya, muntah dan cirit birit.
C. BAGAIMANA CARA/PETUA ATASI SENGGUGUT?
* Pastikan anda cukup rehat dan minum air masak dalam kuantit yang banyak untuk melancarkan peredaran darah haid.
* Tuam bahagian ari-ari dengan air panas(boleh gunakan botol) @ (hot bag)
* Mengambil ubat penahan sakit contoh ponstan(tidak disyorkan kerana pengambilan yang kerap boleh mendatangan kesan sampingan)
*Jangan biasakan minum air sejuk atau mandi sejuk.
Setakat itu saja perkongsian untuk atasi senggugut.Anda boleh tambah jika ada sebarang petua lain
terima kasih atas perkongsian ini . =)
ReplyDeletesame2 sila la cuba =)
Delete